Penting ke suplemen?
Sebelum
bercerita lebih panjang mengenai produk Shaklee, jom kita kita baca
dulu sebab mengapa kita perlu mengambil suplemen. Sebelum kenal Shaklee
dulu, saya pun rasa tak perlu lah nak ambil vitamin atau suplemen ni
sebab rasa diri ni sangat sihat. Tapi sebenarnya kita tak sedar dalam
kehidupan yang serba moden ini terlalu banyak faktor-faktor penyebab
penyakit. Tambahan pula di Malaysia kita rupanya adalah juara diabetes
dan obesiti (boleh rujuk Harian Metro).
Hakikatnya di Malaysia :-
Obesiti - 2 daripada setiap 5 orang dewasa adalah gemuk atau obes
Diabetes - 1 daripada setiap 7 orang dewasa adalah pesakit kencing manis
Penyakit jantung - 1 daripada 6 kematian disebabkan penyakit jantung
Antara sebab mengapa badan kita perlukan supplemen :
1. Pencemaran alam sekitar
Terdedah dengan bahan buangan industri, asap rokok, asap ekzos
kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan
zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara
2. Badan memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
Dalam sesetengah situasi badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan.
3. Makanan terjejas atau tercemar
Sayuran dan buahan terjejas dengan racun serangga yang mempengaruhi
kualiti tanaman tersebut. Ikan-ikan yang dijual di pasar kebanyakannya
mengandungi bahan pengawet, sesetengah ikan laut pula dicemari dengan
plumbum dan merkuri. Ayam disuntik dengan hormon supaya lebih cepat
besar (takutnya).
4. Gaya hidup yang tidak sihat
Terlalu sibuk sehingga boleh menyebabkan stress. Tiada masa untuk bersenam.
5. Makan ikut selera
Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa dan tidak
mengikut piramid makanan. Dengan gaya hidup yang sibuk terpaksa 'tapau'
makanan dari kedai yang biasanya confirm ada MSG dan lebih gemarkan
makanan segera yang tinggi bahan kimia.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
Pengambilan pil dan ubat-ubatan kimia mengganggu penyerapan zat
makanan. Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan kafein juga
mengganggu penyerapan sesetengah vitamin. (boleh rujuk Effect caffeine on vitamin absorbtion).
7. Kehilangan nutrien dalam makanan
Zat makanan berkurangan ketika proses simpan dan masak. Cth: vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika memasak.
Sebenarnya
kita tidak sedar sejak dari dalam kandungan lagi kita dah terdedah
dengan sebahagian atau semua faktor-faktor di atas.
Azizah
Shaklee Independent Distributor (963077) | 012-6019274 | fb: https://www.facebook.com/miezaonline
No comments:
Post a Comment